Friday 25 November 2011

Mengapakah Jerry's cousin begitu kuat?


Ingin menjadi kuat seperti Jerry's cousin? Marilah kita melihat apakah jenis makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak?

Jenis Makanan Yang Diperlukan Oleh Kanak-kanak

Jenis
Fungsi
Sumber
Karbohidrat
Mmbekalkan tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan.
Nasi, roti, ubi, keledek, kentang.
Lemak
Membekalkan tenaga.
Minyak sayur-sayuran, mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan.
Protein
Membina otot-otot tubuh badan, membina tisu baru dan menggantikan tisu yang mati atau rosak.
Ikan bilis, telur, susu, daging, ikan.
Vitamin A
Penting untuk kesihatan mata dan dapat mengelakkan penyakit rabun ayam.
Tomato, lobak, minyak limpa, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau.
Vitamin B
Untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik.
Susu, telur, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Vitamin C
Untuk kesihatan kulit. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah.
Jambu batu, betik, limu, oren, sayur-sayuran berdaun hijau.
Vitamin D
Membantu pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemah.
Ikan, minyak limpa, susu, telur, mentega.
Vitamin E
Otot-otot berfungsi dengan berkesan selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam.
Gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijirin, hati haiwan.
Vitamin K
Mempercepatkan darah membeku apabila mendapat luka dan kemalangan.
Sayuran berdaun hijau, telur, kacang soya, minyak soya, minyak limpa, ikan, bunya kubis.
Garam Mineral
Untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat.

Fosforus


Kalium membolehkan otot-otot kanak-kanak berfungsi di samping membantu perkembangan saraf.

Natrium membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan.

Besi penting untuk pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah.




Susu, ikan bilis, ketam, kulit udang.

Krimis, telur, ikan, kuaci, daging.

Buah belimbing, pisang, oren, sayuran berdaun.


Kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam.

Telur, krimis, daging ayam, hati, ikan, kacang tanah.

Piramid Makanan

Cara-cara Pemakanan Yang Sihat

Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :

• Makan pelbagai jenis makanan
Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.

• Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun. Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.

• Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

• Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

• Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

• Kurangkan pengambilan garam dan gula
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam. Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.

• Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.

The Food Song


Marilah kita membezakan makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat!

Kesan Negatif Akibat Mengambil Makanan Yang Tidak Seimbang

Kesan
Huraian
Malnutrisi
·         kekurangan nutrient tertentu dalam makanan.
·         Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurri dan riket.
Kwasyiorkor
·         disebabkan kekurangan protein.
·         gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak. terencat, kehilangan selera makan, badan lemah.
Skurvi
·         disebabkan oleh kekurangan Vitamin C.
·         lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas.
·         gusi membengkak dan mudah berdarah.
Tekanan Darah Tinggi
·         pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok.
·         pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
Kegendutan
·         makan terlalu banyak.
·         berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya.
·         akan menyebabkan diabetis mellitus, darah tinggi, kanser kolon.
Diabetis Mellitus (kencing manis)
·         berlaku apa ara glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah.
Ostesporosis
·         berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi.
·         kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah.
Sakit Jantung dan Strok
·         tahap kolesterol dalam darah tinggi.
·         kolesterol berlebihan terhadap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam darah.
Penyakit Kanser
·         gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak.
·         serabut yang sedikit.

Kuiz Pemakanan

1. Mengikut piramid makanan, kumpulan makanan yang anda boleh makan paling banyak ialah:
    A. Daging, ikan dan ayam
    B. Sayur dan buah
    C. Lemak, minyak dan gula
    D. Nasi, bijirin dan ubi

2. Kumpulan makanan manakah yang membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit?
    A Bijirin dan nasi
    B. Sayur dan buah-buahan
    C. Susu dan daging
    D. Lemak dan minyak

3. Berapa banyak air yang disarankan untuk diminum dalam sehari?
    A. 1 hingga 2 gelas
    B. 2 hingga 3 gelas
    C. 3 hingga 5 gelas
    D. 6 hingga 8 gelas

4. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh meyebabkan kegemukan. Makanan-makanan berikut mengandungi lemak yang tinggi KECUALI
    A. Buah oren
    B. Ayam goreng
    C. Kentang goreng
    D. Burger

5. Air diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi berikut KECUALI
    A. mengawal suhu badan
    B. mencairkan darah
    C. mengeluarkan sisa dan toksin dari tubuh
    D. menggantikan air yang hilang melalui peluh

6. Ciri-ciri makanan yang bersih dan selamat ialah
    I. makanan bertudung dengan tudung saji
    II. makanan dibungkus dengan surat khabar
    III. makanan diambil dengan menggunakan penyepit
    IV. makanan diisi dalam bekas yang bersih
    A. I dan II
    B. II dan III
    C. I,III dan IV
    D. Semua di atas

7. Terdapat 3 waktu makan utama dalam sehari iaitu
    A. sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
    B. minum pagi, minum petang dan minum malam
    C. sarapan pagi, minum petang dan makan malam
    D. minum pagi, makan tengah hari dan makan malam

8. Berikut adalah kepentingan sarapan pagi KECUALI
      A. tidak perlu lagi makan tengah hari
      B. memberi tenaga
      C. mengalas perut
      D. membantu penumpuan belajar

9. Manakah antara berikut merupakan snek yang berkhasiat?
      A. gula-gula, kentang goreng dan minuman sirap
      B. sandwic, minuman bersusu dan pisang
      C. jeruk, keropok dan air kordial
      D. coklat, agar-agar dan minuman bergas

10. Berat badan yang sihat penting untuk
      I. menjamin kesihatan sepanjang hayat
      II. meningkatkan kecerdasan otak
      III. mencegah penyakit jantung
      IV. menguatkan tulang
      A. I dan III
      B. II dan III
      C. III dan IV
      D. Semua di atas

JAWAPAN Kuiz Pemakanan

1.D   2.B   3.D   4.A   5.B   6.C   7.A   8.A   9.B   10.A                                        
        SKOR
9 – 10     Syabas!
5 – 8        Baik!
1 – 4        Berusaha lagi!