Friday 25 November 2011

Kuiz Pemakanan

1. Mengikut piramid makanan, kumpulan makanan yang anda boleh makan paling banyak ialah:
    A. Daging, ikan dan ayam
    B. Sayur dan buah
    C. Lemak, minyak dan gula
    D. Nasi, bijirin dan ubi

2. Kumpulan makanan manakah yang membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit?
    A Bijirin dan nasi
    B. Sayur dan buah-buahan
    C. Susu dan daging
    D. Lemak dan minyak

3. Berapa banyak air yang disarankan untuk diminum dalam sehari?
    A. 1 hingga 2 gelas
    B. 2 hingga 3 gelas
    C. 3 hingga 5 gelas
    D. 6 hingga 8 gelas

4. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh meyebabkan kegemukan. Makanan-makanan berikut mengandungi lemak yang tinggi KECUALI
    A. Buah oren
    B. Ayam goreng
    C. Kentang goreng
    D. Burger

5. Air diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi berikut KECUALI
    A. mengawal suhu badan
    B. mencairkan darah
    C. mengeluarkan sisa dan toksin dari tubuh
    D. menggantikan air yang hilang melalui peluh

6. Ciri-ciri makanan yang bersih dan selamat ialah
    I. makanan bertudung dengan tudung saji
    II. makanan dibungkus dengan surat khabar
    III. makanan diambil dengan menggunakan penyepit
    IV. makanan diisi dalam bekas yang bersih
    A. I dan II
    B. II dan III
    C. I,III dan IV
    D. Semua di atas

7. Terdapat 3 waktu makan utama dalam sehari iaitu
    A. sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
    B. minum pagi, minum petang dan minum malam
    C. sarapan pagi, minum petang dan makan malam
    D. minum pagi, makan tengah hari dan makan malam

8. Berikut adalah kepentingan sarapan pagi KECUALI
      A. tidak perlu lagi makan tengah hari
      B. memberi tenaga
      C. mengalas perut
      D. membantu penumpuan belajar

9. Manakah antara berikut merupakan snek yang berkhasiat?
      A. gula-gula, kentang goreng dan minuman sirap
      B. sandwic, minuman bersusu dan pisang
      C. jeruk, keropok dan air kordial
      D. coklat, agar-agar dan minuman bergas

10. Berat badan yang sihat penting untuk
      I. menjamin kesihatan sepanjang hayat
      II. meningkatkan kecerdasan otak
      III. mencegah penyakit jantung
      IV. menguatkan tulang
      A. I dan III
      B. II dan III
      C. III dan IV
      D. Semua di atas

JAWAPAN Kuiz Pemakanan

1.D   2.B   3.D   4.A   5.B   6.C   7.A   8.A   9.B   10.A                                        
        SKOR
9 – 10     Syabas!
5 – 8        Baik!
1 – 4        Berusaha lagi!

No comments:

Post a Comment